KUALA LUMPUR, 20 April — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Setiausaha Umum Liga Arab Al-Islami (MWL) Fadhilatus Syeikh Dr Abdul Karim Al-Essa serta delegasi bersempena dengan lawatan kerja dua hari ke negara ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan beberapa isu hubungan antarabangsa serta pembelaan masyarakat Islam di seluruh benua yang menghadapi tekanan peperangan dan kezaliman.
Beliau berkata Fadhilatus Syeikh yang juga Pengerusi Pertubuhan Ulama’ Islam turut menegaskan persediaan MWL dalam penganjuran Muktamar Agamawan dan Cendekiawan Pelbagai Agama Seluruh Dunia pada 12 Jun ini di ibu negara.
“Mendoakan agar segala usaha murni dan kerja amal MWL terhadap agama Islam serta masyarakat Muslim dan dunia ini diberkati Allah dan mendapat kejayaan seperti yang kita semua harapkan,” kata Perdana Menteri.
















Tinggalkan Balasan