KUALA LUMPUR, 12 Nov — Penyelarasan antara kementerian dan agensi penting bagi memastikan setiap keputusan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, berkesan dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu menjadi keutamaan dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks.
“Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Majlis Kekebalan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk meneliti perkembangan semasa serta menyelaras pendekatan kerajaan dalam perkara yang melibatkan keselamatan, kestabilan dan kepentingan strategik negara,” katanya dalam hantaran itu.
















Tinggalkan Balasan