WASHINGTON, 12 Sept — Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan selama dua minggu beberapa tarif ke atas barangan China yang ditetapkan untuk berkuat kuasa mulai 1 Okt, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik pengumuman Presiden Donald Trump pada Rabu.

Keputusan itu, kata Trump, dibuat sebagai satu konsesi kepada Beijing semasa ia mengadakan persiapan pada awal Oktober bagi menyambut ulang tahun ke-70 penubuhan China moden.

“Atas permintaan Naib Perdana Menteri China, Liu He, dan susulan fakta bahawa Republik Rakyat China akan menyambut ulang tahun ke-70 mereka pada 1 Okt, kami telah bersetuju, sebagai tanda muhibah, untuk menunda kenaikan tarif ke atas barangan China yang bernilai 250 billion dolar (25 peratus kepada 30 peratus), dari 1 Okt kepada 15 Okt,” tulis Trump di Twitter.

Trump mengumumkan pada akhir bulan Ogos bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas barangan import China bernilai US$550 bilion, termasuk kenaikan penalti yang akan dilaksana pada awal bulan depan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here