KUALA LUMPUR, 5 Okt — Dalam menyusun semula keutamaan pembangunan negara, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mampu meletakkan Malaysia sebagai Harimau Asia yang baharu dan menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat menjelang 2030, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana Menteri berkata, ia memberi nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah.

“Melalui cara itu Malaysia akan mengembalikan kepercayaan kepada pasaran dan pelabur dan mampu meletakkan Malaysia sebagai Harimau Asia yang baharu,” katanya ketika melancarkan wawasan itu di sini.

— BERNAMA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here