KUALA LUMPUR, 10 Dis — Telekom Malaysia Bhd (TM), menerusi bahagian Pemerolehan Kumpulan, baru-baru ini menghargai 37 rakan perniagaan dan vendor cemerlangnya pada majlis anugerah khas,Perakuan Pembekal TM 2019.

Pada majlis itu, TM juga memperakui tujuh vendor yang menerima anugerah Juala Serantau dan Nasional atas kecemerlangan mereka.

Ketua Pegawai Operasi TM Imri Mokhtar menyuarakan penghargaan syarikat atas sokongan dan komitmen penuh yang diterimanya daripada rakan dan pembekal dan mengekalkan kualiti ertinggi produk dan perkhidmatan kepada pelanggan akhir.

“Bagi mengekalkan daya saing dan kemampanan, kami menggesa rakan dan pembekal melabur dan terlibat dalam penyelidikan selain aktiviti pengkomersilan bagi menawarkan perkhidmatan inovatif yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua vendor dicalonkan untuk 19 anugerah dalam lima kategori utama Rakan Mega Sederhana, Operasi Bahan Sederhana, Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP).

Huawei Technologies (M) Sdn Bhd dan Wuhan Fiberhome International (M) Sdn Bhd memenangi kategori Raja Mega Terbaik manakala Isolectra (M) Sdn Bhd, Commverge Solutions (M) Sdn Bhd dandLeadcom (M) Sdn Bhd masing-masing memenangu kategori pertengahan.

Enam vendor dianugerah Juara Nasional menerusi BVDP bagi 2017 dan 2018, iaitu Lite Kabel Sdn Bhd, Binaan Desjaya Sdn Bhd, Exact Engineering Sdn Bhd, Kazakon Sdn Bhd, Aneka Bena Sdn Bhd dan Pembinaan Mohammed Nazir Meraslam Sdn Bhd.

Sementara itu, pengeluar kabel optik dan produk berasaskan plastik, Dura Mine Sdn Bhd, memenangi juara Serantau bagi 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here