KUALA LUMPUR, 17 Dis — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang pada hari ini, manakala amaran sama di Sabah sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 1 tengahari ini memaklumkan hujan lebat dijangka melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here