KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, jumlah penahanan itu menunjukkan polis mengambil tindakan lebih tegas berikutan masih terdapat rakyat yang tidak mematuhi PKP.

Ismail Sabri berkata PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 1,520 sekatan jalan raya dan melakukan 257,287 pemeriksaan kenderaan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here