PETALING JAYA, 15 Julai : Pemain utama industri pelancongan menyambut baik pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura sebagai keputusan yang akan menguntungkan perniagaan walaupun ia tidak segera.

Presiden Majlis Pemandu Pelancong Malaysia, Jimmy Leong, dan Setiausaha Kehormat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong, berkata, bagi pengembara perniagaan perlu dan urusan rasmi yang dibenarkan merentas sempadan, kebanyakannya tidak akan memanfaatkan perkhidmatan pelancongan.

“Industri pelancongan menyambut baik langkah ini kerana ini akan membolehkan pihak berkuasa mempertimbangkan kategori pelancong seterusnya untuk dibenarkan merentas sempadan,” kata Leong, yang juga pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Johor.

Beliau berkata membuka sempadan secara berperingkat keputusan yang bijak memandangkan keperluan memantau kesihatan pengembara.

Wong menganggap keputusan itu tanda kedua-dua negara akan memulakan penetapan protokol perlu yang akhirnya akan membuka jalan bagi kategori pengembara lain.

Semalam, Menteri Luar Hishammuddin Hussein dan rakan sejawat, Vivian Balakrishnan berkata keda-dua negara bersetuju melaksanakan laluan hijau timbal balik (RGL) dan pengaturan ulang alik berkala (PCA).

Kedua-dua negara mahu melaksanakan skim perjalanan mulai 10 Ogos.

RGL akan membolehkan perjalanan merentas sempadan untuk tujuan perniagaan perlu dan urusan rasmi. Pengembara perlu menjalani ujian kesihatan serta dikehendaki menyerahkan jadual perjalanan.

PCA pula akan membenarkan warga yang memegang pas imigresen jangka panjang untuk bekerja.

Perincian mengenai keperluan, protokol kesihatan, dan proses permohonan akan diterbitkan 10 hari sebelum pelaksanaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here