KUALA LUMPUR, 16 Julai– Pekerja asing yang mempunyai permit dan berada di Malaysia dibenarkan kembali bekerja apabila sektor mereka beroperasi semula, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kebenaran itu tertakluk kepada syarat yang memerlukan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum kembali bekerja.

Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here