KUALA LUMPUR, 16 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan 97 peratus  ahli kabinet Perikatan Nasional (PN) telah membuat pengisytiharan harta masing-masing setakat ini.

Perdana Menteri berkata mereka telah diberi tempoh selama tiga bulan untuk berbuat demikian selepas mesyuarat sulung kabinet pada 10 Mac lepas.

“Masa yang telah diberikan bagi saya mencukupi. Setakat ini, daripada senarai kabinet, 97 peratus telah pun menyerahkan, ada lagi lima (ahli kabinet belum isytihar), lima ini saya tak payah sebut … saya akan ambil perhatian berat dan minta supaya perkara ini disegerakan, supaya ia akan disempurnakan

“Begitu juga di peringkat timbalan menteri-timbalan menteri dan ahli Parlimen di pihak kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Muhyiddin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin tahu perkembangan perkara itu  yang diisytiharkan sebagai satu komitmen kerajaan PN oleh Muhyiddin pada 11 Mac lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here