WASHINGTON, 9 Okt — Doktor Presiden Donald Trump pada Khamis berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) itu boleh kembali menjalankan tugas sepenuhnya pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu. 

Dalam memonya, doktor Rumah Putih Dr. Sean Conley berkata Trump sudah menamatkan sesi rawatan untuk COVID-19 seperti yang ditetapkan pasukan perubatan.

“Sabtu ini merupakan hari ke-10 sejak didiagnosis pada Khamis dan berdasarkan rawatan yang telah dilakukan, saya menjangkakan Presiden sudah selamat untuk kembali menjalankan tugasnya,” kata Conley.

Pemeriksaan fizikal Trump “kekal stabil dan tanpa sebarang petunjuk perkembangan penyakit.”

Pada Jumaat lalu Trump, 74, mengesahkan beliau dan isterinya Melania dijangkiti COVID-19, beberapa jam selepas seorang pembantunya, Hope Hicks juga disahkan positif virus itu.

Beliau kembali ke Rumah Putih pada Isnin selepas menerima rawatan selama tiga hari di Pusat Perubatan Walter Reed di Bethesda, Maryland.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here