PETALING JAYA,22 Mac: Persatuan Hospital Swasta Malaysia mendesak kerajaan membuat persiapan untuk menggunakan pasport vaksin bagi mereka yang telah menjalani imunisasi Covid-19 bagi membuka semula sektor pelancongan perubatan.

Presidennya Dr Kuljit Singh berkata, ini tidak harus dihadkan kepada mereka yang telah diberi vaksin, tetapi juga mereka yang menjalani ujian Covid-19 dan disahkan negative virus sebelum melakukan perjalanan.

Kuljit berkata, ini menawarkan pilihan kepada orang ramai dan pelancong perubatan yang masih belum divaksin, dengan berkata, sektor pelancongan perubatan menjana sebanyak RM1.7 bilion pada 2019.

Bercakap mengenai keperluan sistem digital untuk memberikan bukti imunisasi melalui pasport vaksin, beliau meminta penggunaan teknologi “blockchain”, yang banyak digunakan dalam “cryptocurrency” seperti bitcoin.

“Sektor penjagaan kesihatan menyedari usaha yang perlu dilakukan dalam membangunkan infrastruktur digital yang membina keyakinan dalam kalangan pesakit, terutama pelancong perubatan, dan menutamakan keselamatan, baik secara fisikal dan digital.

“Teknologi ‘blockchain’ boleh menjadi penyelesaian paling ideal untuk melaksanakan sistem seperti itu, terutamanya lekapan ‘blockchain’ tidak berpusat yang menawarkan kerahsiaan, mantap dan yang lebih penting, ketelusan.

“Pertama kita memerlukan standard universal untuk bagaimana pasport vaksinasi digital berfungsi, yang dapat dengan mudah diterima dan disesuaikan oleh negara lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kuljit berkata, pasport itu dapat dilaksanakan di negara Asean terlebih dahulu, sebagai percubaan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) harus berfperanan sebagai badan pengawal selia untuk tujuan itu, selain menambah bahawa sektor pelancongan perubatan harus dibuka kembali setelah sebilangan besar rakyat Malaysia diimunisasi, bukan pada akhir program vaksinasi.

“Manfaat teknologi ‘blockchain’ merangsang aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang dipacu secara digital dan sebagai pemimpin serantau dalam ekonomi digital dan memulakan semula sektor pelancongan perubatan yang berkembang pesat seperti pada 2019.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here