PUTRAJAYA, 12 April — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melancarkan Operasi Letup 2021 (Ops Letup 2021) bermula semalam sehingga 9 Mei bagi menyekat pengedaran barang-barang seludup khususnya mercun, bunga api, rokok dan minuman keras menjelang musim perayaan.

JKDM menerusi kenyataan hari ini berkata lokasi tumpuan Ops Letup 2021 adalah pasar raya, pasar malam, bazar Ramadan serta premis kediaman.

JKDM menerusi Ops Letup 2021 itu juga berhasrat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pendirian tegas jabatan dalam memerangi isu penyeludupan dan mendorong pematuhan terhadap perundangan sedia ada termasuk Akta Kastam 1967.

JKDM menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here