Kuala Lumpur, 7 Mei — Cadangan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) masih pada peringkat awal’, kata Kementerian Pengangkutan menjawab laporan media berhubung cadangan sebuah syarikat dikuasai taikun hartanah mengambil alih LTSAAS.

Kementerian berkata cadangan daripada pasaran kepada kerajaan bagi mengembangkan aset baharu atau sedia ada adalah perkara biasa.

“Dalam kes Lapangan Terbang Subang, yang telah menjadi kemudahan penting dan pusat bandar utama bagi penduduk Lembah Klang, ia memerlukan perhatian dan pertimbangan yang baik demi masa depan lanskap penerbangan Malaysia yang lebih meluas,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here