KUALA LUMPUR, 10 Mei — Malaysia sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula Rabu ini hingga 7 Jun sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP itu selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini. 

“Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

“Kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan lebih drastik bagi mengelak negara terjerumus dalam malapetaka kesihatan lebih parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan pelaksanaan PKP itu, Muhyiddin berkata antara larangan dan arahan yang perlu dipatuhi termasuk tiada ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang minggu ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here