SHAH ALAM, 17 Mei — Kerajaan negeri Selangor hari ini menafikan mesej tular mendakwa negeri itu melancarkan dos vaksin Sinovac tambahan kepada rakyatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata segala kenyataan atau pengumuman berkaitan vaksin COVID-19 di negeri tersebut hanya akan dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminuddn Shari atau beliau sendiri sahaja. 

Sehubungan itu, rakyat diseru agar memperoleh maklumat yang sahih melalui Facebook rasmi Menteri Besar Selangor dan Facebook Dr Siti Mariah, katanya dalam hantaran menerusi Facebook beliau.

Sebelum ini tular satu mesej melalui aplikasi Whatsapp berkenaan “The Selangor Government is rolling out additional 500,000 Sinovac vaccines to Selangorians”.

Sementara itu,  Dr Mariah berkata SElangkah membuka pendaftaran vaksin bagi syarikat yang berminat mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka dan maklumat lebih lanjut boleh didapati daripada laman web https://vax.selangkah.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here