KOTA BHARU, 19 Mei — Kerajaan negeri Kelantan akur dan memahami sekiranya perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kerajaan Kelantan akan sentiasa menerima apa-apa sahaja keputusan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kerajaan negeri sekarang tiada kuasa memandangkan kita masih berada dalam tempoh darurat.

“Sebarang pandangan dan cadangan dari kerajaan negeri akan dirujuk kepada MKN selepas perbincangan bersama dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK),” katanya pada sidang media  selepas Mesyuarat Exco Negeri di sini hari ini.

Pelaksanaan PKP di Kelantan bermula 16 April lepas. 

Sementara itu, usaha Mohd Amar melelong tiga bilah keris kesayangannya secara bidaan untuk membantu rakyat Palestin berjaya meraih RM42,500. 

Mohd Amar berkata hasil bidaan yang tamat dalam tempoh 24 jam sejak semalam itu akan disumbangkan kepada rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis ketika ini.

Beliau berkata jumlah terkumpul itu diperolehi menerusi keris pertama telah dibida pada harga RM17,000, keris kedua bernilai RM9,000, dan keris ketiga sebanyak RM6,500 manakala seorang pembida yang tidak berjaya telah menyumbang RM10,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here