KUCHING, 20 Mei  — Tujuh kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di daerah Kuching baru-baru ini, demikian menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

IHCM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan varian tersebut dikesan melalui analisis penjujukan genom.

“Kes terawal (varian Afrika Selatan) yang dianalisi kami dan diuji positif melalui ujian RT-PCR pada 26 April dan kes terakhir diuji positif pada 6 Mei.

“Kami juga telah mengesan kes lain daripada varian Filipina atau varian P.3 di Samarahan dan Sibu,” menurut Pengarah IHCM Prof Dr David Perera dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak penularan COVID-19 tahun lepas, IHCM terlibat sebagai petugas barisan hadapan dalam  mengekang penularan wabak di Sarawak.

Institut itu diberikan peranan untuk menguji sampel dan analisis penjujukan genom untuk mengesan perubahan dalam virus COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here