KUALA LUMPUR, 21 Mei — Keuntungan bersih Pharmaniaga Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2021, meningkat kepada RM23.14 juta daripada RM22.40 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagaimanapun turun kepada RM793.50 juta daripada RM819.92 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan bersih kumpulan yang lebih baik itu disokong oleh kos kewangan yang berkurangan  berikutan kadar dasar semalaman Bank Negara Malaysia yang rendah ditambah dengan penurunan kos operasi hasil daripada pelaksanaan langkah pembendungan kos yang sedang dilaksanakan di seluruh kumpulan. 

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata di tengah-tengah cabaran akibat daripada pandemik COVID-19 yang dijangka berlarutan dengan munculnya gelombang kes baharu di seluruh dunia, Pharmaniaga menumpukan kepada bekalan dan pengedaran vaksin COVID-19.

“Kami mencatatkan kemajuan yang baik dalam bahagian ini, dengan kelulusan diberikan oleh Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) bagi perkilangan isi dan selesai vaksin Sinovac COVID-19. Pengedaran vaksin itu kepada kerajaan bermula pada Mei 2021.

“Selain itu, kami telah membawa masuk  400,000 dos produk siap Sinovac COVID-19 dan berjaya mengedarkannya kepada kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan.

“Kami berbangga dilantik untuk menguruskan logistik dan pengedaran vaksin AstraZeneca kepada kemudahan kerajaan yang sedang dijalankan sekarang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here