Hampir tujuh tahun tidak menewaskan Vietnam sejak Disember 2014, Jumaat ini adalah masa terbaik buat Harimau Malaya bangkit mengubah rekod itu. Disifatkan misi hidup mati, pengendali negara, Tan Cheng Hoe tetap percaya anak buahnya mampu mencipta keputusan positif, meskipun statistik sebelum ini tidak memihak kepada skuad negara.