KOTA BHARU, 17 Jun — Kerajaan Negeri Kelantan memperuntuk RM2.25 juta menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 bagi fasa dua khusus untuk membantu golongan peniaga kecil yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau sekatan pergerakan penuh. 

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata daripada jumlah itu, RM50,000 akan diagih kepada 45 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Kelantan yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan kepada golongan terbabit. 

“Semoga dengan peruntukan tersebut dapat membantu meringankan beban setiap peniaga kecil yang terjejas dan marilah kita sama-sama berdoa serta berikhtiar agar dijauhkan daripada wabak ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Jun lepas, Kelantan mengumumkan Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 fasa pertama dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi membantu rakyat yang terkesan susulan pelaksanaan PKP 3.0 atau sekatan pergerakan penuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here