SHAH ALAM, 20 Jun  — Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih menahan 13 pendatang tanpa izin warga Indonesia termasuk empat wanita di Jalan Baru Kampung Mandur Wahit Tali Air 4, Sekinchan, dekat Sabak Bernam, awal hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Rizal Mohamed berkata kesemua mereka yang berusia 18 hingga 55 tahun itu ditahan pada 1.40 pagi oleh anggota pasukan itu yang melakukan rondaan di pesisir pantai.

“Mereka didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai masuk ke negara ini melalui jalan laut yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot sebelum mendarat di pesisir pantai Sekinchan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan menjalani ujian saringan COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here