KUANTAN, 17 Julai — Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan jumlah trafik lebuh raya itu akan mengalami penurunan pada tempoh perayaan Aidiladha ekoran larangan rentas negeri yang sedang berkuat kuasa sekarang.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata mereka menjangkakan penurunan sebanyak 81.3 peratus bagi KLK dan 72.5 peratus bagi LPT1 berbanding jumlah purata harian, untuk tempoh bermula semalam hingga Ahad ini (25 Julai).

“Walaupun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan, ANIH Berhad terus memastikan semua kemudahan lebuh raya termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan perkhidmatan tol dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Nik Fauzi berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini di laman web ANIH Berhad atau menerusi Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi talian 24 jam LPT Line di 1-700-818-700 atau 09-5479111 bagi bantuan kecemasan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here