KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) — Pusat pemberian vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan meningkatkan pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada 3,000 dos sehari bermula minggu depan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Beliau berkata PPV yang berupaya memberikan 1,000 dos vaksin sehari itu setakat semalam (21 Julai) telah memberikan vaksin kepada 13,729 orang terdiri daripada kakitangan, pelajar universiti serta orang awam sejak mula beroperasi pada 14 Jun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here