KOTA BHARU, 30 Julai– Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan 700 kotak barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada golongan asnaf di 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Pengurus Besar PTPTN Kelantan Mohd Azrul Akmal Mamat berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Program PTPTN Prihatin.

“Kotak barangan keperluan harian ini akan diedarkan kepada 14 kawasan Parlimen di Kelantan. Setiap bahagian akan menerima 50 kotak, pemilihan penerima pula akan dibuat oleh pihak mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 50 kotak kotak barangan keperluan harian kepada Pengerusi Biro Warga Pendidikan Bersatu Bahagian Kota Bharu Ahmad Rozman Ismail, di sini hari ini.

Sementara itu Ahmad Rozman berkata kotak barangan keperluan itu akan diedarkan kepada 10 pelajar di lima buah sekolah sekitar Kota Bharu yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, SMK Tanjong Mas, SMK Kota Bharu, SMK Kota dan SMK Pintu Geng.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here