SEREMBAN, 8 Ogos — Seramai 13,893 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di Negeri Sembilan dijangkiti COVID-19 sejak tahun lepas sehingga kini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata daripada jumlah itu 13,357 individu atau 96 peratus melibatkan kes kanak-kanak yang dilaporkan tahun ini hingga Rabu lepas.

“Majoriti kes kanak-kanak yang disahkan positif COVID-19 berada pada tahap satu dan dua,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau terdapat dua orang kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di negeri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here