KOTA BHARU, 19 Ogos  — Kelantan bersetuju menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada kerajaan Kedah susulan kejadian banjir kilat dan fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai, semalam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerusi hantaran di Facebook malam ini, memaklumkan sumbangan itu akan diberikan melalui Tabung Serambi Mekah.

Beliau berkata sumbangan itu bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana itu, tambahan pula ia berlaku di saat penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi.

“Semoga usaha pasukan penyelamat dipermudah dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat. Sama-sama kita doakan agar mangsa yang hilang ditemui dan usaha pemulihan di kawasan yang terjejas dapat dilaksanakan sebaiknya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, beberapa kawasan sekitar Gunung Jerai dilanda banjir besar dan tanah runtuh akibat fenomena kepala air berpunca dari puncak gunung berkenaan.

Setakat petang tadi, empat mangsa ditemukan maut, seorang cedera dan dua masih hilang selepas terlibat dalam banjir itu malah banyak kediaman termasuk beberapa sekolah mengalami kerosakan akibat dilimpahi selut tebal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here