SHAH ALAM, 25 Ogos — Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor melalui klinik Selcare membantu Kementerian Kesihatan (KKM) memantau individu positif COVID-19 yang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Dr Daroyah Alwi (Bersatu-Sementa) berkata klinik-klinik Selcare itu boleh membantu KKM khususnya dalam membuat panggilan, memantau dan memberi khidmat nasihat kepada pesakit COVID-19 serta keluarga. 

“Ini bagi memastikan pesakit COVID-19 (yang menjalani kuarantin di rumah) tahu apa yang perlu dibuat sekiranya gejala lebih teruk berlaku dan mereka mendapat nasihat yang betul. Dalam kes BID (brought in death), kebanyakanpesakit ke hospital adalah pesakit yang kuarantin di rumah, tidak tahu apa yang perlu dibuat apabila gejala semakin teruk.

“Klinik-klinik Selcare ini juga boleh berperanan menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan mengikut keperluan kesihatan pesakit,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sidang DUN Selangor bersambung semula esok. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here