KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Permohonan baharu Program Malaysia My Second Home (MM2H) akan dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mulai Oktober depan setelah semua proses perundangan selesai.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan kementerian itu menerusi pusat MM2H akan mengendalikan urusan berkaitan peserta sedia ada sehingga 15 Sept ini.

“Selepas tempoh tersebut, segala urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik akan diambil alih sepenuhnya oleh pihak JIM,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu MOTAC akan terus mempromosi MM2H menerusi Tourism Malaysia bagi memperkenalkan negara sebagai destinasi inap jangka panjang, terutama kepada para pesara dan personaliti berpendapatan tinggi.

Kementerian itu turut menyokong penuh supaya program berkenaan diteruskan untuk menjana ekonomi negara, di samping mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut layari laman web www.imi.gov.my atau hubungi talian 03-88801555/1556.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here