KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kapasiti penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 di Sabah, Kedah dan Perak kini melebihi 100 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata setakat semalam penggunaan katil ICU di Sabah yang mempunyai 145 katil adalah 126 peratus manakala di Kedah yang mempunyai kapasiti 104 katil adalah 121 peratus dan Perak yang mempunyai 90 katil adalah 107 peratus.

Dr Noor Hisham berkongsi data itu dalam infografik melalui laman Twitternya hari ini.

Dalam infografik sama juga menunjukkan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor menunjukkan penggunaan katil ICU hampir 100 peratus iaitu Selangor dan Kelantan masing-masing 99 peratus manakala Pulau Pinang 96 peratus dan Johor 95 peratus.

“Bagi seluruh Malaysia, penggunaan katil bukan ICU setakat semalam ialah 78 peratus manakala penggunaan katil ICU 90 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here