SHAH ALAM, 24 Sept — Tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi secara berperingkat sejak 19 Sept lepas susulan banjir di beberapa kampung di Kuala Selangor ditutup pada 5 petang tadi.

Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor Leftenan (PA) Maizura Suradi berkata PPS terbabit adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, SK Pasangan dan SK Sultan Abdul Aziz Kampung Kuantan.

“Ia melibatkan 83 mangsa daripada 32 keluarga yang dibenarkan pulang memandangkan keadaan rumah mangsa hampir keseluruhannya selamat untuk diduduki dan tidak lagi berlaku kenaikan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hanya PPS SK Bukit Belimbing yang menempatkan 54 mangsa daripada 13 keluarga masih lagi beroperasi hari ini.

“Memandangkan keadaan cuaca yang cerah dan tiada hujan berterusan, kita percaya tidak lama lagi penduduk di PPS ini juga akan pulang ke rumah mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here