KUALA LUMPUR, 6 Okt  — Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) meluahkan rasa kesal dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri.

Menurut kenyataan Majlis Presiden PH hari ini, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan negeri itu serta bertemu dengan 15 Ahli DUN (ADUN) iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Madius Tangau. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here