KUALA LUMPUR, 10 Okt  – Kerencatan global akibat pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan landskap politik domestik telah menyebabkan perjalanan Bursa Malaysia sejak dua tahun kebelakangan ini agak bergolak.

Pada Mac 2020, bursa tempatan merosot di bawah paras 1.300 dan sehingga kini terus menerima tekanan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Principal Asset Management Singapore Christopher Leow, bagaimanapun, Bursa Malaysia masih mampu mendapatkan kembali kekuatannya, dengan disokong oleh kestabilan dalam persekitaran tempatan.

Pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi penanda aras kerajaan dalam era COVID- 19 era, dengan kestabilan memainkan peranan penting dalam perjalanan ke arah masa hadapan..

“Saya percaya bahawa kerajaan memahami kepentingan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi pada pilihan raya yang akan datang,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau menjelaskan riak pasaran nampaknya semakin reda selepas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, yang diikuti oleh pemeteraian perjanjian dua pihak yang bersejarah antara parti pemerintah dengan blok pembangkang.

Bloomberg melaporkan penanda aras FBM KLCI bergerak antara 1,452,13 dan 1,695,96 dalam jangka masa 52 minggu, manakala dari tahun ke tahun, ia mencatatkan penurunan 4.05 peratus pada 7 Oktober.

Pada Jumaat lepas, ia ditutup pada 1,563.9 , dengan jumlah perolehan sebanyak 4.99 bilion unit bernilai RM3.34 bilion.

Untuk hari-hari yang akan datang, para penganalisis menjangkakan para pelabur, terutama pihak asing akan terus berada di luar bagi menunggu pembentangan Belanjawan 2022 menjelang 29 Oktober ini, memandangkan belanjawan berfungsi sebagai petunjuk kestabilan kerajaan.

Leow ketika mengulas mengenai pasaran ASEAN berkata rantau ini ketinggalan agak jauh disebabkan aliran keluar akibat pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun, dengan pembukaan kembali ekonomi selepas rantau ini mencatatkan peningkatan vaksinasi, kepercayaan global akan bertambah, sekali gus, membentangkan peluang pemulihan ekonomi sambil memperkuat daya tahan kawasan berkenaan.

“Ini akan menghasilkan pemulihan keluaran dalam negara kasar serta pertumbuhan pendapatan di semua sektor seperti perhotelan, penerbangan dan lain-lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here