KUALA LUMPUR, 5 Nov — Polis Diraja Malaysia sedang mengesan seorang wanita warganegara United Kingdom iaitu Clare Brown @ Clare Rewcastle Brown kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report itu pada 23 Sept lepas.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Superintenden Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051 222 atau pegawai penyiasat kes ASP Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404 440,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here