IPOH, 6 Dis — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada enam agensi korporat yang bernilai lebih RM7.8 juta di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan memaklumkan serahan zakat itu diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir. Baharin Din,  Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad (dua entiti Etiqa) Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman dan Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Turut hadir mewakili agensi masing-masing adalah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak Mohd Rosli Basri dan Ketua Perkhidmatan & Pengurusan Korporat Gitn Sdn Berhad Norfaizah Mohd Puad.

Pada majlis itu, TNB membayar zakat perniagaan tertinggi iaitu RM6.09 juta diikuti Etiqa (RM775,000), FGV Holdings Berhad (RM577,752), Angkasa (RM222,105) dan Gitn (RM140,000).

Hadir sama Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Prof Datuk Dr. Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here