KUALA LUMPUR, 31 Dis — Pelaksanaan Garis Panduan Pengimportan dan Pemeriksaan Logam Sekerap dan Kertas Buangan akan bermula pada 10 Jan, 2022, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sehubungan itu, MITI menerusi kenyataannya hari ini, berkata pendekatan interim atau sementara bagi pelaksanaan garis panduan bagi pengimportan dan pemeriksaan logam sekerap bagi kod HS 7204 (ferus sekerap), 7404 (tembaga sekerap) dan 7602 (aluminium sekerap) akan dilaksanakan sehingga 9 Januari depan.

“MITI menghargai komitmen semua pengeluar dan pengimport utama dalam mematuhi garis panduan itu sepanjang tempoh interim tersebut.

“Oleh itu, MITI menggesa penggiat industri untuk terus menyokong objektif garis panduan berkenaan dalam mematuhi komitmen antarabangsa kita sebagaimana digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah matlamat 12 iaitu memastikan corak pengeluaran dan penggunaan mampan selain menegakkan prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus,” katanya.

Pada November lepas, kementerian itu telah mengumumkan lanjutan tempoh pelaksanaan langkah interim berkenaan sehingga 31 Dis, 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here