KUALA LUMPUR, 10 Jan — Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi 12 negeri Kumpulan B bermula hari ini dengan para pelajar bersemangat untuk kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas selain bertemu guru dan rakan-rakan.

Ibu bapa juga memberikan reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas yang dijalankan secara dalam talian sebelum ini.

Sekolah Kumpulan B ialah sekolah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Tinjauan Bernama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell di ibu negara hari ini mendapati rata-rata ibu bapa bersyukur dengan pembukaan sekolah kali ini selepas melihat anak-anak mereka melalui tempoh sukar sepanjang belajar secara dalam talian.

Bagi Mathibathanan Ramakrishnan, 57, beliau secara peribadi berasakan bahawa manfaat pembelajaran secara fizikal adalah lebih besar berbanding kelas secara dalam talian terutamanya dalam aspek melibatkan kesihatan mental pelajar. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here