BEIJING, 7 Feb — Pengamal media dari pelbagai negara menyifatkan upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada Jumaat sebagai nostalgik serta menganggap ia indikator kepada solidariti dan kolaborasi seluruh dunia.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura dalam artikelnya berkata, api Olimpik sekali lagi dinyalakan di Beijing selepas penganjuran Sukan Olimpik pada 14 tahun lalu.

Menurut akhbar itu, selain menggunakan pelbagai alatan berteknologi tinggi termasuk kecerdasan buatan (AI), upacara perasmian itu juga berdasarkan prinsip penganjuran Olimpik Musim Sejuk 2022, iaitu “sederhana, selamat dan gemilang”.

Agensi Berita Yonhap dari Korea Selatan melaporkan Beijing muncul sebagai bandar pertama di dunia yang pernah menganjurkan Olimpik Musim Panas dan Olimpik Musim Sejuk.

Memetik laporannya, meskipun skala upacara perasmian kali ini dikurangkan, namun elemen tradisional China berjaya dipaparkan sepenuhnya.

Selain itu, kehebatan teknologi China juga jelas terserlah apabila teknologi “motion capture” berorientasikan AI digunakan dalam menyajikan persembahan.

Akhbar Sin Po Indonesia dalam artikelnya pula melaporkan, slogan “bersama ke arah masa depan yang dikongsi” temasya sukan itu menerapkan matlamat ke arah solidariti, kedamaian, kemajuan dan keterangkuman.

“Ia sekali gus menterjemahkan moto Olimpik “lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat, lebih bersatu”, serta menzahirkan impian bersama ke arah masa depan yang gemilang, lapor Akhbar Sin Po Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here