TAIPING, 24 Feb  — Sebatang pokok hujan-hujan berusia 135 tahun telah tumbang akibat ribut di Raintree Walk, Taman Tasik Taiping pada Selasa.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata punca utama pokok itu atau nama saintifiknya ‘Samanea Saman’ tumbang, adalah ketidakseimbangan struktur pokok yang telah condong ditambah dengan berlakunya ribut pada hari kejadian.

“Bagi keselamatan awam, kawasan sekeliling pokok telah ditutup dengan pita keselamatan dan orang awam dinasihatkan tidak berbuat apa-apa di kawasan tersebut, bagi mengelakkan kerosakan kekal kepada pokok yang tumbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Amir berkata MPT akan memastikan pokok ini akan diselamatkan dengan kadar segera dan sebaik mungkin dan kerja-kerja pemulihan pokok termasuk menegakkannya semula, dengan sebahagian dahan pokok akan dipangkas serta bahagian akar dan tanah akan dirawat.

Tahun lalu media melaporkan sebatang pokok hujan-hujan berusia 136 tahun juga telah reput dan mati di mana ia telah ditanam sejak zaman kolonial, dan merupakan ikon yang menjadi tarikan di Taiping Bandar Warisan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here