KUALA LUMPUR, 12 Mac — Ribut petir, angin kencang dan hujan lebat diramal berlaku hingga 7 malam ini di beberapa negeri di Semenanjung dan sehingga pukul 5 petang di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.15 petang hari ini, negeri terlibat ialah Perak (Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).

Amaran sama turut dikeluarkan sehingga 5 petang bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah melibatkan kawasan pedalaman iaitu di Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan manakala di pantai barat melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here