KUALA LUMPUR, 14 April — Diplomat muda Malaysia yang sedang menjalani latihan empat bulan di Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri (IDFR) pada Rabu menganjurkan Majlis Berbuka Puasa khas untuk 25 penghuni Rumah Nur Qaseh.

Seorang daripada 21 diplomat muda Program Diploma Diplomasi (JPS) tahun ini, Theventhiran Arumugam berkata, “Kami mahu memberi kembali kepada masyarakat dan bulan ini nampaknya masa yang paling sesuai.

“Kami semua berkumpul, membuat kutipan, dan kemudian merancang Iftar ini untuk tetamu muda istimewa kami,” katanya dalam satu kenyataan yang disediakan kepada Bernama, hari ini.

Turut hadir pada majlis berbuka puasa itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar (Wisma Putra) Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan isteri Puan Sri Izdina Izaidin, Ketua Pengarah IDFR Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin dan kakitangan IDFR.

Pada majlis itu, peserta DiD turut menyerahkan RM7,922 kepada rumah kebajikan berkenaan, sebagai duit raya untuk kanak-kanak dan rumah kebajikan itu.

Kanak-kanak Rumah Nur Qaseh berumur antara 2 hingga 18 tahun, dan ini adalah majlis pertama mereka dengan IDFR.

Diplomat muda dalam program itu sudah berkhidmat selama beberapa tahun di Kementerian dan sedang menunggu untuk ditugaskan ke luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here