KYIV, 17 April — Parlimen Ukraine pada Sabtu mendedahkan seramai 21 wartawan telah terkorban sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Feb.
Nama-nama wartawan yang maut termasuk dari agensi media asing didedahkan dalam laporan Jawatankuasa mengenai Kebebasan Bersuara, dan diterbitkan di laman sesawang parlimen, lapor Agensi Anadolu.
Sekurang-kurangnya 1,982 orang awam terbunuh dan 2,651 lagi cedera sejak permulaan perang, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.
Lebih 4.8 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, dan lebih tujuh juta lagi hilang tempat tinggal.