KANGAR, 17 April —  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Kuala Perlis merampas 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan Malaysia, dalam rondaan Op Aman di sekitar perairan Kuala Perlis, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata pihaknya mengesan kedudukan bubu naga berkenaan selepas mengenal pasti kain biru gelap yang terapung dan mencurigakan di permukaan air yang diikat pada pacang-pacang kayu bagi dijadikan sebagai penanda.

Beliau berkata semua bubu naga berukuran kira-kira 10 meter yang dianggar bernilai hampir RM2,400 itu dikesan pada kedudukan kira-kira 0.29 batu nautika daripada barat pantai Kuala Perlis sekitar pukul 1 tengah hari.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengikat bubu naga ini secara berangkai dan diletakkan beberapa ketulan batu sebagai pemberat,” katanya menerusi satu  satu kenyataan hari ini.

tindakan boleh diambil bagi nelayan yang menggenakan kaedah ini untuk mengangkap ikan, di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikànan 1985, dengan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here