KUALA LUMPUR,  22 April —  “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni” dan “Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai”, dua peribahasa Melayu yang disebut Presiden China Xi Jinping dalam ucaptamanya pada perasmian Forum Asia Boao, bertujuan berkongsi kepintaran Timur dalam hubungan serantau. 

Bagi penduduk Asia yang pernah menderita akibat pelbagai perang dan kesengsaraan, kita amat menghargai kedamaian dan pembangunan.

Dalam puluhan tahun ini, rantau Asia berjaya mengawal kestabilan dan pembangunan ekonomi yang pesat, sekali gus membuahkan “keajaiban Asia”. 

Selain semangat kerjasama yang dicerminkan dalam peribahasa Melayu, faktor kepintaran Timur juga terbukti dengan “Semangat Bandung” terhasil di Jakarta dan “Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai” yang dikemukakan secara bersama oleh China, India dan Myanmar.

Inti patinya adalah untuk mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan agar dapat menjamin kedamaian yang kekal abadi. 

Para peserta Persidangan Bandung terdiri  puluhan negara dari Asia dan Afrika dan kesemuanya mempunyai tamadun berbeza, agama, pakaian  dan warna kulit yang berbeza.

Kebanyakan negara baru mengecapi kemerdekaan dari penjajahan Barat dan namun menghadapi ancaman Perang Dingin antara NATO dan Pertubuhan Perjanjian Warsaw (WTO). 

Buat pertama kalinya, “majoriti yang senyap” di dunia ini mempunyai platform supaya suara kita kedengaran dunia iaitu menolak pertentangan dan mengejar kedamaian. 

Bagaimanapun, suara ini sebenarnya bukan mudah untuk diutarakan.

Jangan lupa perisitiwa “Kashmir Princess”. Pesawat yang membawa delegasi China ke Jakarta diletupkan dalam perjalanan menyaksikan 11 nyawa terkorban. 

Sungguh bertuah, perjuangan kita tidak terputus tatkala menghadapi ancaman dan kini kita telah menyumbang kepada pembangunan Asia, khususnya di rantau Asia Timur yang mengutamakan peranan ASEAN. 

Berbeza dengan kerjasama model Barat yang  didalangi oleh satu kuasa besar, sedangkan ASEAN merupakan kuasa sederhana di rantau Asia Timur. 

Namun, telah berusaha membulatkan suara sepuluh negara anggota, secara tidak langsung mendapat penghargaan dan sokongan kuasa besar di rantau ini. 

Dengan kepelbagaian anggotanya, ASEAN amat bijak memainkan peranan bagaikan jambatan bagi menyelaraskan kepentingan pelbagai negara serantau. 

Kita ibarat menaiki kapal secara bersama, berlayar dalam gelombang berikutan pandemik dan situasi antarabangsa buat masa ini.

Niat jahat untuk mengetepikan pihak lain sesuatu yang tidak boleh diterima. Dengan kerjasama, kita pastinya mampu bersama-sama mencipta masa depan yang cerah. 

Ketika pembangunan serantau menghasilkan pencapaian cemerlang, situasi di rantau yang lain seolah-olah kembali ke zaman lampau. 

Pertentangan antara NATO dengan Rusia kini kembali, bahkan menjadi lebih dahsyat sehingga tercetusnya peperangan. 

Asia bukan sahaja perlu mengawal kerjasama, kedamaian dan perpaduan untuk menjamin pembangunan berterusan serantau, malah perlu berusaha menyumbangkan kepintarannya untuk penyelesaian masalah global. 

Malah Asia juga perlu berusaha menjayakan RCEP, supaya ikatan perdagangan multilateral menjadi lebih erat. 

Selain itu kerjasama “Inisiatif Jalur dan Laluan” perlu diterapkan untuk mewujudkan kesaling hubungan infrastruktur untuk manfaat rakyat. 

Asia menyeru mencari kesamaan dan mengetepikan perbezaan, supaya membentuk struktur keselamatan yang seimbang, berkesan dan berterusan, mengawal kedamaian dan pembangunan bersama, bukan melalui mengancam kepentingan dan keselamatan negara lain. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here