PUTRAJAYA, 23 April — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama-sama warga Bera, Pahang di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini. 

Majlis dihadiri kira-kira 600 tetamu pelbagai lapisan umur dari Bera.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 40 anak yatim dan asnaf dari sekitar kawasan Bera.

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama tetamu yang hadir.

Selepas berbuka puasa, beliau menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here