SINGAPURA,  3 Mei — Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di Singapura.

“Dengan pelonggaran sekatan COVID-19, raya tahun ini amat istimewa dan meriah. 

“Buat pertama kalinya sejak pandemik bermula, rakan-rakan Muslim kita dapat kembali ke keadaan yang hampir seperti sedia kala, berkumpul bersama keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa,” katanya. 

Beliau berkata dua tahun kebelakangan ini merupakan detik yang sangat mencabar dan sukar. 

“Terima kasih atas sikap saling memahami yang ditunjukkan serta pengorbanan anda. Marilah kita terus menjalankan tanggungjawab sosial dan menjaga keselamatan diri serta orang di sekeliling kita.

“Kepada rakan-rakan Muslim kita, semoga anda menyambut Hari Raya dengan penuh riang dan gembira!. Untuk semua, saya harap anda menikmati cuti hujung minggu yang panjang ini!,” katanya. 

Singapura meraikan Aidilfitri hari ini (3 Mei) manakala Malaysia dan Thailand menyambutnya semalam (2 Mei).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here