SEREMBAN, 3 Mei — Polis menahan dua lelaki yang juga pemilik dan pemandu dua buah kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara Selatan yang rakaman video tular kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-dua lelaki berkenaan dikesan atas maklumat dan rakaman diterima pihak Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Siasatan mendapati lelaki pertama berusia 36 tahun yang memandu kereta jenis Audi A4  manakala lelaki kedua berusia 34 tahun memandu kereta jenis Toyota Wish,

“Pemandu Audui  menyerah diri pada 2 Mei 2022 pada pukul lebih kurang 9 malam manakala pemandu Toyota Wish serah diri pada pada pukul 6.45 petang tadi. Kedua-dua lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan polis sedang mengesan pemandu atau pemilik dua buah kenderaan yang dipandu secara berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Kilometer 269 hingga Kilometer 238 arah Selatan.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 50 saat  tular di media sosial.

Sementara itu, Nanda memberitahu, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu kereta Audi A4 hendak menarik kereta jenis Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.

“Pemandu kereta Toyota Wish bagaimanapun enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan kejar mengejar antara kedua-dua suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here