KOTA KINABALU, 10 Mei — Lapan sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam, kata Pengarah Pendidikan negeri Datuk Dr Mistirine Radin.

Beliau berkata lapan sekolah terlibat masing-masing tiga di Beaufort iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Bukau; manakala empat sekolah di Tenom membabitkan SK Gumisi; SK Ladong Sapong; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Syn, dan SK Inubai.

Mistirine berkata sebuah sekolah di Penampang iaitu SK Tombovo turut terjejas banjir kilat dan kini sedang dalam proses pembersihan.

“Semua sekolah ditutup buat sementara waktu dan ia melibatkan seramai 204 guru serta 2,425 pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sesi pembelajaran diteruskan menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) sehingga keadaan pulih dan guru serta murid selamat untuk kembali ke sekolah, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here