BEIJING, 10 Mei — Presiden China, Xi Jinping dan Canselor Jerman, Olaf Scholz mengadakan sidang kemuncak secara maya pada petang Isnin yang antara lain membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan isu Ukaraine.

Xi berkata sebagai negara besar yang berpengaruh, China dan Jerman perlu mengekalkan hubungan dua hala yang sihat dan stabil bagi memberi manfaat untuk rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada keamanan dunia.

“China memperkasa pola pembangunan baharu yang dijangka akan menyediakan peluang pasaran yang lebih luas kepada pelbagai negara termasuk Jerman.

“Jerman dialu-alukan terus menyokong dan menyertai inisiatif pembangunan serta keselamatan global, di samping mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Xi

Beliau berkata, China turut menyokong Kesatuan Eropah (EU) yang berautonomi strategik.

Jelas Xi, hubungan China-EU selama ini berjalan dengan baik tanpa sekatan oleh mana-mana pihak ketiga.

Sementara itu, menurut Scholz pihaknya mengalu-alukan China untuk terus berusaha meningkatkan pintu terbuka yang akan membawa lebih banyak peluang kepada Jerman.

Beliau berkata Jerman juga bersedia meningkatkan interaksi dan penyelarasan dengan China dalam pelbagai bidang untuk menggalakakn pembangunan positif Eropah dengan China.

Dalam perbincangan itu kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai situasi Ukraine.

Xi menekankan bahawa China sentiasa menyokong keamanan dan kebenaran.

Justeru katanya, China akan membuat keputusan secara berdikari, mendorong ke arah usaha rundingan serta meredakan ketegangan situasi melalui cara sendiri.

“China menyokong Eropah memainkan peranan positif dalam mendorong rundingan damai, secara tidak langsung membantu pembentukan kerangka keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan.

“China juga menyambut baik sebarang usaha masyarakat antarabangsa untuk menyokong Rusia dan Ukraine merealisasikan keamanan melalui rundingan,” kata Xi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here