KUALA TERENGGANU, 28 Mei — Program berbasikal Fun Rideakan diadakan pada 3 Jun ini sempena penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di negeri ini, pada 2 hingga 4 Jun ini.

Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam kenyataan hari ini berkata program kayuhan sejauh 25 kilometer itu terbuka kepada 800 orang peserta dan akan diadakan di Litar Permotoran Terengganu di sini, bermula 8 pagi.

“Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuk hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Modenas Kriss dan pelbagai barangan elektrik serta hamper,” menurut kenyataan itu.

Pendaftaran secara dalam talian di https://tix-explorer.bigtix.io/events/fun-ride-jelajah-aspirasi-keluarga-malaysia/FUNRIDE3 akan dibuka secara berperingkat iaitu pada 27 Mei terbuka untuk 300 peserta terawal, 28 Mei (400 peserta) dan 29 Mei (100 peserta).

Menurut kenyataan itu, setiap hari penyertaan dibuka mengikut kuota harian tersebut dan pautan akan dibuka pada 12.01 tengahari dan akan ditutup setelah kuota harian mencukupi.

Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta diwajibkan memakai topi keledar serta perlu mementingkan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here